Thursday 28 April 2011

Seminar Kerjaya bersama AmAssurance Bhd


















Lokasi - Hotel Tanjung Vista,Terengganu

Sesi Mekap,Akad Nikah dan Persandingan Nadia bt Awang & Sahazery Nuruddin




















Pengantin - Nadia bt Awang & Sahazery Nuruddin
Lokasi - Kerteh,Terengganu.
Jurumekap - Engku Amaa

Sesi Mekap dan Majlis Persandingan Yuni Suhaina










Pengantin - Yuni Suhaina & Armynuddin
Lokasi - Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor.
Jurumekap - Engku Amaa

Contoh dan Penerangan Jenis Album




Album Mockup Sticky







Inginkan album sticky yang lebih menarik dengan kulit album mengikut citarasa sendiri? Album mock-up (wrapping album) adalah jawapannya. Latarbelakang dalam album hitam atau putih terpulang kepada pilihan anda.Album sticky pula adalah album yang mana gambar dilekatkan kepada setiap halaman dengan menggunakan pelekatnya sendiri (self adhesive). Kebiasaannya, terdapat kepingan plastik di setiap halaman untuk melindungi gambar. Setelah dilekatkan,gambar tidak digalakkan untuk dikeluarkan atau diubah kedudukannya. Ini adalah kerana kualiti gambar (terutama permukaan atasnya) akan terjejas. Masalah yang timbul ialah setelah sekian lama, warna gambar tersebut akan menjadi agak kemerahan / keperangan. Ini adalah masalah yang belum dapat diatasi buat masa ini. Kaedah untk melambatkanproses ”penuaaan” album ini adalah dengan sentiasa menyimpan album pada suhu bilik. Dengan teknologi digital sekarang, kulit depan dan belakang album sticky boleh dibalut dengan gambar bagi menghasilkan album lebih menarik. Gambar yang ditampal biasanya bersaiz 4R dan 8R.





Album Custom












Album ini ialah album ready made yang didatangkan dengan beberapa saiz dan pilihan kemasan permukaan luar. Antara saiz yang sering mendapat permintaan ialah 8”X12”, 10”X12”, 10”X15” dan 12”X12”. Album ini mempunyai 22 halaman.  Manakala pilihan untuk permukaan luar adalah sama ada leather atau kristal. Kulit hadapan kebiasaannya didatangkan dengan window sama ada saiz 3R atau 4R. Setiap helaian di dalam album adalah keras dan berketebalan lebih kurang 2mm.
Gambar yang nak dimasukkan dalam album ini ditampal pada permukaan helaian dalam album. Setelah gambar dicetak mengikut saiz album, gambar perlu dilaminate untuk menjadikan gambar tahan lama dan menghasilkan texture pada pemukaan. Tampalan gambar ke helaian album adalah dengan menggunakan double sided tape yang nipis ataupun gam yang disapu rata.



Album majalah/photobook  


 

Album jenis ini dipanggil sebagai magazine album kerana ia mirip majalah. Dengan kulit depan setebal kulit majalah dan halaman di dalamnya pula senipis kertas A4 128 gsm, memang sesuai dengan namanya. Cuma yang membezakannya dengan majalah ialah majalah penuh dengan tulisan sedangkan kita lebih berminat untuk menatap gambar. Terdapat tiga jenis kemasan iaitu kemasan texture, kulit atau kanvas. Helaian minimum untuk album ini ialah 20 helai atau 40 mukasurat. Saiz dan kemasan album adalah pelbagai, mengikut kehendak masing-masing.

Terma dan Syarat


1. Sesi photoshoot untuk semua jenis majlis atau acara.
2. Sesi photoshoot untuk sepanjang hari majlis acara berlangsung atau setiap majlis/acara sahaja ( termasuk outdoor photoshoot ).
3. Harga Pakej hanya untuk kawasan Kuala Terengganu dan Marang sahaja.Tambahan RM50 untuk luar K.TRG/MARANG dan tambahan RM250 untuk luar Terengganu.
4. Untuk setiap tempahan anda perlu membuat bayaran deposit sebanyak 50% dari harga pakej.Pihak kami akan peruntukkan tarikh dan masa tersebut khas untuk anda setelah kami menerima deposit dari anda.
5. Pihak kami tidak akan memulangkan semula wang deposit sekiranya berlakunya pembatalan tempahan sesi photoshoot.
6. Jangka masa siap setiap album bergantung pada setiap pakej iaitu paling cepat seminggu dan paling lama sebulan dari tarikh photoshoot bergantung pada keadaan.
7. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi kami segera di talian 012-9825810.